Isnin, 24 Disember 2012

Ratschläge für mich..




setiap manusia pasti akan merasa kesedihan apabila gagal mendapatkan sesuatu yang diimpikan.. ada juga yang mula merasa rendah serta kurang keyakinan diri, kemurungan.... menangis..

Allah swt berfirman:

"dan janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah pula  kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman"

(Ali Imran:139)

oleh itu.. cubalah pujuk diri kita.. jangan menganggap sesuatu kesusahan dan kegagalan itu sebagai racun... atau duri yang tumbuh dalam jiwa kita,

 sebaliknya anggaplah kesusahan dan kegagalan itu sebagai dugaan dan... kemanisan seperti cake dan juga ais krim yang lazat dimakan...

cantik seperti bunga matahari.....

seindah senyuman......

dan gembira seperti berkelah di bawah pohon sambil menikmati keindahan alam... ^_^ 
 

boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

(al-Baqarah:216)

 

Kita akan merasa kenikmatan bila kita menerima segalanya seadanya dan berusaha untuk menjadi lebih baik....

 

Nasihat buat diri sediri yang tengah bersedih kerana gagal lagi ujian jalan raya buat kali ke-2...........

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan