Isnin, 24 Disember 2012

Ratschläge für mich..




setiap manusia pasti akan merasa kesedihan apabila gagal mendapatkan sesuatu yang diimpikan.. ada juga yang mula merasa rendah serta kurang keyakinan diri, kemurungan.... menangis..

Allah swt berfirman:

"dan janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah pula  kamu bersedih hati, kerana kamu paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman"

(Ali Imran:139)

oleh itu.. cubalah pujuk diri kita.. jangan menganggap sesuatu kesusahan dan kegagalan itu sebagai racun... atau duri yang tumbuh dalam jiwa kita,

 sebaliknya anggaplah kesusahan dan kegagalan itu sebagai dugaan dan... kemanisan seperti cake dan juga ais krim yang lazat dimakan...

cantik seperti bunga matahari.....

seindah senyuman......

dan gembira seperti berkelah di bawah pohon sambil menikmati keindahan alam... ^_^ 
 

boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

(al-Baqarah:216)

 

Kita akan merasa kenikmatan bila kita menerima segalanya seadanya dan berusaha untuk menjadi lebih baik....

 

Nasihat buat diri sediri yang tengah bersedih kerana gagal lagi ujian jalan raya buat kali ke-2...........

 


Isnin, 17 Disember 2012

Puisi Dia...


“Hanyut Aku”

Hanyut aku, Kekasihku!
Hanyut aku!
Ulurkan tanganMu, tolong aku
Sunyinya sekelilingku!
Tiada suara kasihan,
Tiada angin mendingin hati,
Tiada air menolak ngelak,
Dahagakan kasihMu,
Hauskan bisikMu,
Mati aku disebabkan diamMu.
Langit menyerkap,
Air berlepas tangan, aku tenggelam.
Tenggelam dalam malam
Air di atas menindih keras
Bumi di bawah menolak ke atas
Mati aku, Kekasihku, mati aku!

Karya:Amir Hamzah


Buat pengetahuan pembaca, saya suka sangat sajak ni. Dah lama saya cari...
hemm kalau nak tahu, Amir Hamzah ni merupakan seorang penulis dan juga sasterawan Indonesia. beliau bertemu dengan kekasihnya sewaktu di Jawa. Catatan pendek dalam buku 'Nyanyi Sunyi' adalah autobigrafi memperihalkannya. Amir Hamzah dipaksa berkahwin dengan seorang puteri Sultan. (tak silap saya, anak Amir Hamzah yang hasilkan buku autobiografi tu). 
 if pembaca nak tahu lebih lanjut, lebih baik kiranya cari buku tu. Semasa saya kat U dulu, saya ada baca buku tu... sedikit tentang beliau  hemm dia hasilkan sajak ni sebab kecewa kerana terpaksa berpisah dengan kekasihnya. beliau juga dari keturunan kesultanan Langkat.. jadi.. kerana terhutang budi... dia x sanggup tolak tawaran pakcik dia untuk kawin dengan anak pakcik dia. lepas dari tu.. beliau mecurahkan seluruh cintanya hanya kepada yang Maha Esa. saat tu... terhasillah puisi yang lebih memperlihatkan kecintaanya kepada Allah. Beliau meninggal dunia tidak lama selepas diangkat menjadi Pangeran Langkat Hulu di Binjai semasa berbangkitnya Revolusi Sosial Sumatera Timur. kisah hidup dia sangat2 terharu.. hemm nak tahu lebih lanjut  tentang beliau maka bolehla cari buku Nyanyi Sunyi dan boleh jugak rujuk wikipedia ni.. http://ms.wikipedia.org/wiki/Amir_Hamzah



Ahad, 16 Disember 2012

surat kucing


       Pada suatu hari, kucing hantar surat dekat robot... tapi kenapa kucing hantar surat dekat Robot???
hemm kucing sebenarnya nak minta tolong robot untuk hantar surat tu dekat... hemm harimau, dalam surat tu kandungannya begini:

"kehadapan sang harimau, saya nak pinjam kepit kuku, awak ada ka? kalau tidak keberatan berilah saya pinjam... hemm kalau awak setuju nanti balashla surat nie dan kita boleh bertemu "

agak bodoh isi kandungan surat tu... sebenarnya kucing tu nak ngorat harimau... biasa la, bila jatuh cinta semuanya agak ganjil hehe.

minggu seterusnya bermulalah pertemuan kucing dan harimau... maka timbullah bibit2 cinta dan hari berlalu, minggu berganti maka bermacam-macamlah barang yang dipinjam oleh kucing sebagai alasan untuk bertemu sehingga suatu hari.... kucing telah menghilangkan barang kesayangan harimau iaitu resepi gula-gula.

perasaan harimau menjadi haru biru... hari2mau resepi gula2 itu semula... sehingga harimau menjadi berang kerana resepi gula gula (nama resepi itu gulaan fufu) itu sangat penting. antara kepentingan  dan khasiat Gulaan fufu:


  1. dapat mencomelkan harimau 
  2. dapat meredakan kemarahan
  3. dapat duit bila jual dan,
  4. sedap dimakan ^_^
maka terputuslah hubungan mereka, hasil percintaan mereka dahulu maka lahirlah kucing hutan.
disebabkan perpisahan yang berlaku antara kucing dan harimau makanya kucing hutan telah dibiarkan hidup sendiri di dalam hutan...

persoalannya... mengapa kucing tidak saja sukakan robot?
bersambung kisah.... huhuhu

    moral:

  • jangan mencintai seseuatu yang mustahil... kecualilah memang rasa ley kompom dapat
  • sebelum memilih, fikir masa depan
  • mungkinkah harimau akan berbaik semula dengan kucing?(maaf ini bukan moral, tapi persoalan huhu)
  • jangan jangan dan jangan... harimau tu makan daging taw.. kucing makan jugak tumbuh2an pupupu
  • kenapa kucing x kerja jadi posmen? ley kenal suma(ini pun persoalan) hemmm

Khamis, 13 Disember 2012

Kisah Lima Perkara Paling Aneh




“Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi telah bermimpi yang berbunyi, “ esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat,


pertama; apa yang engkau lihat(hadapi) maka makanlah,


kedua; engkau sembunyikan,


ketiga; engkau terimalah,


keempat; jangan engkau putuskan harapan,


kelima; larilah engkau daripadanya.”



Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan yang pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar bewarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata,” Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tetapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.” Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit dengan hasrat untuk memakannya. 

Ketika beliau menghampirinya,tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itupun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.


kemudian beliau meneruskan perjalanannya sehingga terjumpa sebuah mangkuk emas. Beliau telah teringat akan arahan dalam mimpinya supaya disembunyikan, lantas beliau menanam mangkuk emas tersebut. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Beliau lantas menanam semula mangkuk tersebut sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah beliau, “aku telah melaksanakan perintahmu”. Lalu beliau meneruskan perjalananya tanpa disedari mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditananam.


Ketika beliau berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, ‘ wahai nabi Allah, tolonglah aku”. Mendengar rayuan itu, hatinya berasa simapati lalu beliau mengambil buru itu lalu dimasukkan kedalam bajunya. Melihat keadaan tersebut lantas burung helang tersebut menghampiri beliau denagn berkata, “wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”



Beliau teringatkan pesanan dan arahan dalam mimpinya yang keempat iaitu tidak putuskan harapan. Beliau kebingungan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya beliau menagmbil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya untuk diberikan kepada helang tersebut. Setelah itu, helang tersebut terbang dari situ dan burung kecil itu dibebaskan dari dalam baju beliau. Seterusnya beliau meneruskan perjalananya lagi.


Tidak lama kemudian, beliau telah bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya. Maka beliau bergegas lari dari situ setelah tidak tahan lagi dengan bau busuk yang menyakitkan hidungnya. Setelah melaui kelima-lima peristiwa itu, beliau pulang kerumahnya semula. Pada malam itu, beliau pun berdoa, “ Ya Alalh, aku telahpun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu dalam mimpiku, maka jelaskanlah padaku erti semuanya ini.” 


Dalam mimpi seterusnya, beliau telah diberitahu bahawa..


Yang pertama engkau makan itu adalah marah. Pada mulanya Nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapart mengawal serta menahanya, maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.


Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan ia tetap akan Nampak jua


Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang maka janganlah kamu kianat kepadanya.


Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah membantunya meskipun engkau sendiri berhajat.


Kelima; bau yang busuk itu adalah Ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”


Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, hal demikian kerana perkara ini sering kali berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Hal demikian termasuklah perkara yang agak sukar dielakkan setiap hari iaitu tabiat mengata atau mengumapat orang lain. haruslah kita ingat bahawa kata-kata yang membawa kepada umpatan dan kutukan mengenai hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita. Sebuah hadis mengatakan bahawa di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjaknny. Lalu dia bertanya, “wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.” Maka berkatalah Allah SWT,” ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dan sekiranya nak mengata, patikan atas jalan yang diizinkan oleh syarak. Wallahu’Alam.



Bulentin Surau Al-Ghufron, Edisi Ke-22 November 2012

Selasa, 11 Disember 2012

Surat Letak Jawatan



Contoh Surat Perletakan Jawatan.. ^_^


Nama pemohon,
dan alamat pemohon.

________________________________________________________________________________


Nama penerima @ majikan,
Alamat penerima@majikan                                                                         11 September 2012
                                                                                                                     (tarikh memohon) 

Tuan/Puan,

SURAT PERLETAKAN JAWATAN (tajuk)

Berdasarkan maklumat yang dirujuk di atas, saya (nama pemohon) pemangku pekerja di syarikat tuan ingin manifestasikan hasrat untuk meletak jawatan yang akan berkuatkuasa pada tarikh surat ini dihantar. Sehubungan itu, saya telah mematuhi polisi syarikat pihak tuan sebagai memastikan proses perletakan jawatan saya berjalan mengikut tempoh masa yang telah diberikan syarikat tuan dan akan menamatkan khidmat saya pada 14 September 2012. 

2.Justeru itu, saya ingin memohon maaf sekiranya ada melakukan sebarang kesalahan sepanjang tempoh saya berkhidmat di syarikat tuan serta sekiranya tindakan saya ini telah menimbulkan kesan ke atas syarikat tuan. Tujuan saya mengemukakan surat perletakkan jawatan ini adalah  atas masalah peribadi yang tidak dapat dijelaskan. Seyogia saya berterima kasih kerana kesudian pihak tuan memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang saya bekerja di syarikat tuan. 

Semoga tuan menerima baik notis ini.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

………………………..
(Nama pemohon)