Khamis, 4 Julai 2013

Darjat mengejar hamba berilmu





Imam al-Ghazali menyatakan terdapat dua golongan manusia iaitu :
1) Seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah (tanpa meninggalkan perkara wajib yang dituntut serta perkara sunat) namun jahil. Contohnya.. katakan seorang hamba Allah ini, sangat kuat beribadat namun tidak mendalami ilmu dalam ibadatnya….

2) manakala seorang lagi kuat beribadat akan tetapi fasikh (mempercayai Allah dan Menerima Islam namun sentiasa melakukan maksiat dan dosa)Contohnya… katakan seorang hamba Allah ini sentiasa rajin beribadat, namun apabila bermain bola sepak, dia memakai seluar pendek…

Maka didatangi syaitan golongan yang pertama menyeru supaya meninggalkan solat dan tidak menyembah Allah dengan menyatakan bahawa Allah itu tiada, maka dengan mudahnya golongan yang pertama itu terpengaruh dengan helah syaitan tersebut.

Manakala syaitan mendatangi golongan kedua pula dengan menyeru perkara yang sama, namun golongan ini berjaya menolak ajakan dan tipu daya syaitan yang melarang golongan ini untuk sujud dan menolak kewujudan Allah. 

Disini kita dapat melihat betapa mudahnya orang yang jahil(bodoh atau tidak berilmu) diperdaya oleh syaitan kerana kebodohannya..
beramal tanpa ilmu seperti
berpuasa tanpa penghayatan yang sebenar…
solat tanpa  matlamat….
Pergi sekolah tanpa belajar… 

Syaitan lebih takut pada golongan kedua kerana walaupun golongan ini fasikh namun tidak mudah terpedaya dengan tipu daya kerana “ilmu”.Oleh itu, kita dapat melihat disini betapa pentingnya ilmu kepada manusia. Sekalipun seseorang itu buta, pekak, mahupun lemah kerana..
Apabila seseorang itu berilmu dan beriman maka Allah SWT akan mengangkat darjatnya
serta sukar untuk diganggu iblis.

Sabda Rasulullah SAW …" akan lahir satu golongan manusia pada akhir zaman yang kuat sembahyang dan beribadah namun jahil dan tidak tahu apa-apa mahupun ilmu pengetahuan yang lain.."

***** kebanyakan kita hanya memilih apa yang dirasa perlu untuk dituntut
kita yakin kita tahu,lalu kita tutup mata untuk sebahagian ilmu yang lain.
kita tutup sebelah mata lagi dengan separuh lagi ilmu yang harus kita tahu...  
sebagai umat Islam sejauh mana tanggungjawab kita sebagai Umat Islam...sejauh mana kita mengasihi saudara seislam kita yang dekat... malah jauh dari pandangan mata yang sedang menderita... berjuang kesorangan menentang musuh demi menegakkan agama Allah... sejauh mana kita? apa yang kita tahu dan ambil tahu? jawapannya hanya pada diri yang memahami...

Nabi Idris as. sangat suka menuntut ilmu. Baginda dianugerahkan dengan pelbagai kepandaian dan kemahiran sehingga digelar dengan nama Idris. Baginda sangat hebat dalam menunggang kuda. Hanya sedikit sahaja orang yang dapat menunggang kuda pada ketika itu. Selain itu, Nabi Idris as. merupakan insan pertama yang menulis menggunakan pena dan memakai baju yang berjahit termasuklah menggunakan kulit sebagai pakaian.

Firman Allah :

 “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris (yang tersebut) di dalam Al Quran. Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi.”
                                                                                                                  ( Ayat 56 , Surah Maryam )
 
Begitu juga Sultan Muhammad Al fateh iaitu penakluk Konstantinople. betapa banyak ilmu yang dipelajarinya sungguhpun beliau ini memiliki latar belakang dari keluarga yang kaya.. keluarga diraja bukan sahaja mahir dalam ilmu peperangan malah beliau juga hebat dalam menguasai pelbagai bahasa.


Cintailah ilmu , sekalipun Islam itu hebat.. jangan mudah berasa selamat dengan apa yang ada.