Khamis, 13 Disember 2012

Kisah Lima Perkara Paling Aneh




“Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi telah bermimpi yang berbunyi, “ esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat,


pertama; apa yang engkau lihat(hadapi) maka makanlah,


kedua; engkau sembunyikan,


ketiga; engkau terimalah,


keempat; jangan engkau putuskan harapan,


kelima; larilah engkau daripadanya.”



Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan yang pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar bewarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata,” Aku diperintahkan memakan perkara pertama yang aku hadapi, tetapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.” Maka nabi itu terus berjalan menuju ke bukit dengan hasrat untuk memakannya. 

Ketika beliau menghampirinya,tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar sebuku roti. Maka Nabi itupun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur ‘Alhamdulillah’.


kemudian beliau meneruskan perjalanannya sehingga terjumpa sebuah mangkuk emas. Beliau telah teringat akan arahan dalam mimpinya supaya disembunyikan, lantas beliau menanam mangkuk emas tersebut. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Beliau lantas menanam semula mangkuk tersebut sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah beliau, “aku telah melaksanakan perintahmu”. Lalu beliau meneruskan perjalananya tanpa disedari mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditananam.


Ketika beliau berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, ‘ wahai nabi Allah, tolonglah aku”. Mendengar rayuan itu, hatinya berasa simapati lalu beliau mengambil buru itu lalu dimasukkan kedalam bajunya. Melihat keadaan tersebut lantas burung helang tersebut menghampiri beliau denagn berkata, “wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.”



Beliau teringatkan pesanan dan arahan dalam mimpinya yang keempat iaitu tidak putuskan harapan. Beliau kebingungan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya beliau menagmbil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya untuk diberikan kepada helang tersebut. Setelah itu, helang tersebut terbang dari situ dan burung kecil itu dibebaskan dari dalam baju beliau. Seterusnya beliau meneruskan perjalananya lagi.


Tidak lama kemudian, beliau telah bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya. Maka beliau bergegas lari dari situ setelah tidak tahan lagi dengan bau busuk yang menyakitkan hidungnya. Setelah melaui kelima-lima peristiwa itu, beliau pulang kerumahnya semula. Pada malam itu, beliau pun berdoa, “ Ya Alalh, aku telahpun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu dalam mimpiku, maka jelaskanlah padaku erti semuanya ini.” 


Dalam mimpi seterusnya, beliau telah diberitahu bahawa..


Yang pertama engkau makan itu adalah marah. Pada mulanya Nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapart mengawal serta menahanya, maka marah itu akan menjadi lebih manis daripada madu.


Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan ia tetap akan Nampak jua


Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang maka janganlah kamu kianat kepadanya.


Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah membantunya meskipun engkau sendiri berhajat.


Kelima; bau yang busuk itu adalah Ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”


Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, hal demikian kerana perkara ini sering kali berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Hal demikian termasuklah perkara yang agak sukar dielakkan setiap hari iaitu tabiat mengata atau mengumapat orang lain. haruslah kita ingat bahawa kata-kata yang membawa kepada umpatan dan kutukan mengenai hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita. Sebuah hadis mengatakan bahawa di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjaknny. Lalu dia bertanya, “wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.” Maka berkatalah Allah SWT,” ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu.” Dan sekiranya nak mengata, patikan atas jalan yang diizinkan oleh syarak. Wallahu’Alam.



Bulentin Surau Al-Ghufron, Edisi Ke-22 November 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan