1.
HENDAKLAH KAMU SENTIASA BERADA DALAM JEMAAH
Iaitu berada dalam kumpulan
orang islam yang berpegang kepada Al-Quran, Al-Sunnah dan pendapat para sahabat
yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari kitab Allah dan sunnah Rasulullah
S.A.W.
Rasulullah SAW bersabda bahawa sesiapa yang memisahkan diri
kerana sejengkal dari jemaah, maka terungkai ikatan islamnya daripada
tengkuknya walaupun seseorang itu rajin melakukan ibadah solat, puasa,
bersedekah dan sebagainya.
2. HENDAKLAH KAMU MENDENGAR CAKAP PEMiMPIN.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat
kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka
kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat
kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah
derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
3. HENDAKLAH KAMU TAAT KEPADA PEMIMPIN SELAGI PEMIMPIN ITU
BERADA TEPAT DALAM LANDASAN AL-QURAN DAN SUNNAH.
Sabda Rasulullah S.A.W:
“Janganlah kamu mentaati perkara-perkara maksiat. Ketaatan
hanyalah dalam perkara yang ma’ruf.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sabda Rasulullah S.A.W:
Ertinya: Dari Ibnu Mas"ud r.a. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Sebaik-baik manusia ialah kurunku (Zaman Nabi) kemudian zaman mereka yang
datang sesudahnya (zaman Sahabat) kemudian zaman mereka yang sesudahnya (zaman
Tabien) dan sesudah itu datanglah zaman orang yang suka memperlambangkan
kebohongan dan janganlah kamu bergantung kepada perkataan dan perbuatan mereka.
(Hadis Riwayat at-Tabrani)
4. HENDAKLAH BERHIJRAH
Dalam konteks sejarah hijrah, hijrah adalah kegiatan
perpindahan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw bersama para sahabat beliau
dari Mekah ke Madinah, dengan tujuan mempertahankan dan menegakkan risalah
Allah, berupa akidah dan syari’at Islam. Dengan merujuk kepada hijrah yang
dilakukan Rasulullah Saw tersebut sebagaian ulama ada yang mengertikan bahawa
hijrah adalah keluar dari “darul kufur” menuju “darul Islam”. Keluar dari
kekufuran menuju keimanan.
5. HENDAKLAH BERJIHAD PADA JALAN ALLAH
Syaikh Abdurrahman bin Nashir Al Sa’di menyatakan: “Jihad
ada dua jenis;
pertama jihad dengan tujuan untuk kebaikan dan perbaikan
kaum mukminin dalam aqidah, akhlak, adab (prilaku) dan seluruh perkara dunia
dan akhirat mereka serta pendidikan mereka baik ilmiyah dan amaliyah. Jenis ini
adalah induk jihad dan tonggaknya, serta menjadi dasar bagi jihad
yang kedua iaitu jihad dengan maksud menolak orang yang
menyerang Islam dan kaum muslimin dari kalangan orang kafir, munafiqin, mulhid
dan seluruh musuh-musuh agama dan menentang mereka”
Apa itu jihad?
***** Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama ^_^
Rujukan
Kuliah maghrib Ust. Norazli Musa, Surau Al-Ghufron.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan