Renungan: romantiknya Rasulullah S.A.W.
Kisah-kisah rumah
tangga, sebut-sebut pasal poligami, bincang-bincang suami lebih muda dari
isteri dan pelbagai cerita berkenaan rumah tangga ini dapat diambil tauladan
dari kisah ROMANTIK RASULULLAH S.A.W bersama isterinya.
Rasulullah S.A.W adalah
contoh terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem poligami. Baginda romantik
kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu
kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul di hadapan baginda lalu bertanya
“ siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi”.
Rasulullah S.A.W hanya tersenyum lalu berkata,”saya akan
beritahu kamu kemudian”.
Selepas
daripada pertemuan itu, Rasulullah S.A.W. memberikan setiap seorang kepada
isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak
memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari,mereka berkumpul
lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah .S.A.W lalu menjawab “ orang yang paling aku sayangi
adalah yang ku berikan cincin kepadanya”. Isteri-isteri baginda tersenyum puas
kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan
bahawa diri mereka tidak terasing.
Tidak
ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana
romantik ini Rasulullah S.A.W ada bersabda yang bermaksud “ Apabila pasangan
suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari
mereka”.
Rasulullah
S.A.W selalu berpegangan tangan dengan
Aishah ketika di dalam rumah. Baginda asap kali memotong kuku isterinya, mandi
junub bersama, dan mengajak salah seorang isteri baginda pergi musafir
(mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang antara mereka.
Inilah
serba sedikit kisah romantik Rasulullah
S.A.W agar kita dapat tauladani dan praktikkan dalam kehidupan rumah tangga. Pada
suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu,
setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah
tangan suami anda bagi menghapus segala dosa-dosa.
Pada yang
belim berumah tangga itu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan
perkahwinan saja. Anda mendapat kelebihan di atas.
“ Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana
cantiknya akhlak Rasulullah S.A.W , tenangkanlah hatiku bagai tenangnya air di
tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari
berserinya wajah orang-orang beriman…”
Amiiiin Ya Rabbal ‘Alamin….
sumber rujukan: buletin surau al-ghufron (edisi ke-18)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan