Jumaat, 16 November 2012

TABIAT.....

 


renungan bersama...


Ramai di antara kita menyimpan cita-cita,bekerja keras sekarang supayanapabila sampai masa pencen nanti dapat banyak berehat.

Kita merasakan apabila umur 55 atau 56 tahun,kita dapat mengurangkan bebanan dan tanggungjawab.bangun pagi, sesudah sembahyang subuh dan membaca al-quran,dapat membaca surat khabar sambil minum kopi, kemudian berehat menuggu petang. Apabila petang, bersandar di kerusi malas di hadapan rumah sambil makan kuih muih serta juadah lain,sementara menunggu waktu malam.

Akan tetapi apabila datang saat demikian, kita tahu sebenarnya kepenatan  dan tanggungjawab berlipat ganda  dihadapan kita. Kita menjadi cepat sensitive.kita mahu dikenali, diingati dan berbagai-bagai perasaan yang sesuai dengan naluri seorang pencen.

Seorang yang sebuk pada usia muda terus sibuk pada usia tuanya.apabila dia sibuk mencari harta , dia terus sebuk mencari harta, tidak senang duduk di rumah minum kopi menunggu petang.

Apabila seseorang itu pada usiA mudanya sibuk melayan orang lain, berkhidmat untuk saudaranya maka itu lah kerjanya apabila ia tua.sebaliknya apabila pada usia muda dia tidak sibuk, maka pada usia tua pun dia senang berada di atas bangku panjang minum kopi menunggu petang.

Sebabnya, apa yang kita lazim kan sehari harian , maka pada usia tua ia menjadi tabiat yang sukar hendak dibuang. Orang suka bangun pagi pada usia muda bersikap demikian walaupun sudah lanjut usia 80 tahun. Orang yang suka membebel mulutnya pada usia muda, demikian juga pada usia tuanya. Orangt yang rajin  membaca , suka bersedekah, solat berjemaah ketika muda, berterusan ia hingga tua. Itulah tabiat.

Patut benar kita belajar membentuk tabiat sejak usia muda supaya tabiat tu melekat hingga tua.biasakan melentur ketika masih rebung.  

sumber rujukan: buletin surau al-ghufron (edisi ke-20)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan