Ramai di kalangan kita
tidak menyedari punca sebenar apabila berat badan mereka bertambah. Hal ini
biasanya mempunyai pengaruh besar yang melibatkan tabiat permakanan serta rutin
harian yang dijalankan oleh mereka sehingga menyumbang kepada peningkatan berat
badan yang tidak stabil atau overweight. Antara tabiat yang sering dilakukan
oleh ramai individu yang mengalami pertambahan berat badan adalah:
Anda sering megunyah makanan ringan dalam perjalanan
Ramai individu gemar
mengambil makanan ringan seperti cokelat, snek yang tinggi kalori ketika dalam
perjalanan samada pulang dari pejabat mahupun kuliah dan sebagainya.lebih-lebih
lagi apabila perut mula lapar, situasi ini akan mendorong nafsu makanan yang tinggi
tinggi. Akibatnya individu tersebut cenderung menikmati makanan ringan tersebut
dalam kuantiti yang banyak.
Cara mengatasi
Sediakan bekalan snek
sihat untuk dimakan dalam perjalanan. Makanan yang memerlukan anda mengunyah
dengan lebih lama akan membantu menghindarkan rasa lapar dengan lebih berkesan.
Anda juga boleh mengunyah kacang yang kaya asid lemak dan membantu menstabilkan
kandungan gula dalam darah.
Anda gemar mengambil
makanan bergula
Bagi sesetengah
individu yang tidak suka bersarapan mahupun tak sempat bersarapan, jangan
mulakan sarapan anda dengan makanan yang kaya dengan gula. Anda juga harus
berhati-hati dengan hidangan kuih di waktu pagi yang kebanyakannya mengandungi
kandungan gula dan kolestrol yang tinggi seperti roti canai, pulut sekaya,
donat, kuih lapis dan sebagainya. makanan yang diproses tidak sekadar tinggi
kalori, gula serta lemak malah terlalu epat hadam. Ini akan menyebabkan tahap
gula dalam darah menjunam beberapa jam kemudian, lalu menyebabkan anda ketagih
makanan bergula.
Cara mengatasi
Bagi memenuhi keperluan
tenaga tubuh dan otak hingga tengah hari, mulakan rutin anda dengan sarapan
buah-buahan, diikuti snek bijiran dan juga roti bakar. Pengambilan protein
seperti telur juga penting.
Kerja lebih masa
Amalan tidak cukup tidur
akan menambahkan lagi berat badan. Satu kajian yang dijalankanmendapati,.
Selepas tidur empat jam sehari selama dua malam bertury=ut –turut, kadar leptin
iaitu sejenis hormon yang berfungsi memberitahu otak mengenai rasa kenyang akan
berkurangan sebanyak 18 peratus. Pada masa yang sama,kimia yang bertanggujawab
memberitahu tubuh mengenai rasa lapar akan meningkat kepada 28 peratus.
Cara mengatasi
Anda perlu rancang
jadual pekerjaan agar tidak perlu menghabiskan masa terlalu lama di pejabat
atau jangan membuat tugasan di saat akhir. Tindakan ini memastikan anda akan
mempuntyai masa yang cukup untuk tidur.
Tekanan
Banyak perkara yang
boleh menyebabkan anda tertekan. Jika ia berlarutan, sudah tentuia akan
memberikan kesan kepada pertambahan berat badan anda. Tubuh akan merembeskan
hormon‘cortisol’ yang menyebabkan lemak terkumpul apabila seseorang individu
itu tidak makan dalam tempoh yang agak lama. Proses ini paling ketara di perut,
tempat dimana sel lemak paling aktif.
Lemak yang terkumpul
boleh berpindah ke hati . jika itu berlaku, ia akan bercampur dengan kolestrol
dan seterusnya memasuki saluran darah, sekaligus meningkatkan risiko penyakit
jantung sehingga berganda.
Cara mengatasi
Jika anda tertekan
dalam pelajaran mahupun di tempat kerja, berjalanlah selam 10 minit atau
pejamkan mata, kejapkan tubuh dan rehatkan semua otot. Pandang pohon-pohon yang
menghijau yang memberikan kamu ketenangan.