![]() |
Tambah kapsyen |
Antara
nasihat SYEIKH ALI TANTAWI kepada muslimat seluruhnya..
WAHAI PUTERIKU,
Pintu
pemulihan (cara mencegah ) ada d hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu.
Jika engkau
yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu,maka keadaan akan
berubah menjadi baik.
ENGKAU BENAR PUTERIKU,
Bahawa
kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat
bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah
yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Seandainya
engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau
akan lari seperti larinya kambing dari ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya
engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau
akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri dari dicuri ( sesuatu yang berharga
dirimu ).
Lelaki
menghendaki yang paling berharga darimu,iaitu harga diri dan kehormatanmu.Nasib
seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib
seekor kabing yang di makan serigala.
WAHAI PUTERIKU,
Demi
Allah! Apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis
itu bertelanjang di hadapannya tanpa sebarang pakaian.
Demi
Allah! Jangan percaya terhadap kata-kata
sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara
denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab.
BOHONG!BOHONG! demi Allah dia berbohong.seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau
takut dan ngeri.
WAHAI
PUTERIKU
Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu,
dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan
yang halal dan terhormat. Dia akan dating meminang dan mengahwinimu………………
Seterusnya
kata- kata dari, dr. ‘Ayidh bin ‘Abdullah Al-Qadri dalam bukunya yang bertajuk
, “ Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia”…..
Wahai wanita
yang tinggi kedudukannya!
Banyak perkara yang engkau hindari
Ternyata mengharapkan perkara yang engkau
harapkan.
Wahai wanita muslimah yang jujur,
wanita mukmunah yang taat, jadilah seperti pohon kurma ,yang jauh dari
kejelekan dan tinggi tak terjangkau oleh kejahatan. Bila dilempar dengan batu,
ia menggugurkan buahnya;sentiasa hijau,baik di musim dingin mahupun musim
panas; lagi banyak manfaatnya.
Hiduplah ditempat yang tidak
menyentuh hal-hal yang tidak berguna, yang mampu menjaga kehidupan dari hal
yang dapat menjaga rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, cara memandangmu adalah
menaraik pelajaran , dan diammu adalah
berfikir.
Sajak *Aminah Qutb,
buat bakal suami
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai org yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga,
Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
Yang diciptakan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu,
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
Ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
Dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku.
*(Aminah Qutb adalah adik kepada tokoh terkenal
Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.)
Sumber
rujukan:
1.
Fb-saudara rushdee..
2. Dari kitab kecil "Ya Binti, bi Qalam
al-Syeikh 'Ali Tanthawi"…
3.
Dr. ‘Ayidh bin ‘Abdullah Al-Qadri ,buku “ Jangan Bersedih,
Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia”…..
4.
Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul karya Fatimah Syarha
Mohd Nordin…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan