Khamis, 4 Julai 2013

Darjat mengejar hamba berilmu





Imam al-Ghazali menyatakan terdapat dua golongan manusia iaitu :
1) Seorang yang sangat kuat beribadah kepada Allah (tanpa meninggalkan perkara wajib yang dituntut serta perkara sunat) namun jahil. Contohnya.. katakan seorang hamba Allah ini, sangat kuat beribadat namun tidak mendalami ilmu dalam ibadatnya….

2) manakala seorang lagi kuat beribadat akan tetapi fasikh (mempercayai Allah dan Menerima Islam namun sentiasa melakukan maksiat dan dosa)Contohnya… katakan seorang hamba Allah ini sentiasa rajin beribadat, namun apabila bermain bola sepak, dia memakai seluar pendek…

Maka didatangi syaitan golongan yang pertama menyeru supaya meninggalkan solat dan tidak menyembah Allah dengan menyatakan bahawa Allah itu tiada, maka dengan mudahnya golongan yang pertama itu terpengaruh dengan helah syaitan tersebut.

Manakala syaitan mendatangi golongan kedua pula dengan menyeru perkara yang sama, namun golongan ini berjaya menolak ajakan dan tipu daya syaitan yang melarang golongan ini untuk sujud dan menolak kewujudan Allah. 

Disini kita dapat melihat betapa mudahnya orang yang jahil(bodoh atau tidak berilmu) diperdaya oleh syaitan kerana kebodohannya..
beramal tanpa ilmu seperti
berpuasa tanpa penghayatan yang sebenar…
solat tanpa  matlamat….
Pergi sekolah tanpa belajar… 

Syaitan lebih takut pada golongan kedua kerana walaupun golongan ini fasikh namun tidak mudah terpedaya dengan tipu daya kerana “ilmu”.Oleh itu, kita dapat melihat disini betapa pentingnya ilmu kepada manusia. Sekalipun seseorang itu buta, pekak, mahupun lemah kerana..
Apabila seseorang itu berilmu dan beriman maka Allah SWT akan mengangkat darjatnya
serta sukar untuk diganggu iblis.

Sabda Rasulullah SAW …" akan lahir satu golongan manusia pada akhir zaman yang kuat sembahyang dan beribadah namun jahil dan tidak tahu apa-apa mahupun ilmu pengetahuan yang lain.."

***** kebanyakan kita hanya memilih apa yang dirasa perlu untuk dituntut
kita yakin kita tahu,lalu kita tutup mata untuk sebahagian ilmu yang lain.
kita tutup sebelah mata lagi dengan separuh lagi ilmu yang harus kita tahu...  
sebagai umat Islam sejauh mana tanggungjawab kita sebagai Umat Islam...sejauh mana kita mengasihi saudara seislam kita yang dekat... malah jauh dari pandangan mata yang sedang menderita... berjuang kesorangan menentang musuh demi menegakkan agama Allah... sejauh mana kita? apa yang kita tahu dan ambil tahu? jawapannya hanya pada diri yang memahami...

Nabi Idris as. sangat suka menuntut ilmu. Baginda dianugerahkan dengan pelbagai kepandaian dan kemahiran sehingga digelar dengan nama Idris. Baginda sangat hebat dalam menunggang kuda. Hanya sedikit sahaja orang yang dapat menunggang kuda pada ketika itu. Selain itu, Nabi Idris as. merupakan insan pertama yang menulis menggunakan pena dan memakai baju yang berjahit termasuklah menggunakan kulit sebagai pakaian.

Firman Allah :

 “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris (yang tersebut) di dalam Al Quran. Sesungguhnya dia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi.”
                                                                                                                  ( Ayat 56 , Surah Maryam )
 
Begitu juga Sultan Muhammad Al fateh iaitu penakluk Konstantinople. betapa banyak ilmu yang dipelajarinya sungguhpun beliau ini memiliki latar belakang dari keluarga yang kaya.. keluarga diraja bukan sahaja mahir dalam ilmu peperangan malah beliau juga hebat dalam menguasai pelbagai bahasa.


Cintailah ilmu , sekalipun Islam itu hebat.. jangan mudah berasa selamat dengan apa yang ada.

Selasa, 12 Februari 2013

Berat Badan Serta Penyesaiannya.


Ramai di kalangan kita tidak menyedari punca sebenar apabila berat badan mereka bertambah. Hal ini biasanya mempunyai pengaruh besar yang melibatkan tabiat permakanan serta rutin harian yang dijalankan oleh mereka sehingga menyumbang kepada peningkatan berat badan yang tidak stabil atau overweight. Antara tabiat yang sering dilakukan oleh ramai individu yang mengalami pertambahan berat badan adalah:


Anda sering megunyah makanan ringan dalam perjalanan
Ramai individu gemar mengambil makanan ringan seperti cokelat, snek yang tinggi kalori ketika dalam perjalanan samada pulang dari pejabat mahupun kuliah dan sebagainya.lebih-lebih lagi apabila perut mula lapar, situasi ini akan mendorong nafsu makanan yang tinggi tinggi. Akibatnya individu tersebut cenderung menikmati makanan ringan tersebut dalam kuantiti yang banyak.


Cara mengatasi
Sediakan bekalan snek sihat untuk dimakan dalam perjalanan. Makanan yang memerlukan anda mengunyah dengan lebih lama akan membantu menghindarkan rasa lapar dengan lebih berkesan. Anda juga boleh mengunyah kacang yang kaya asid lemak dan membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.



Anda gemar mengambil makanan bergula




Bagi sesetengah individu yang tidak suka bersarapan mahupun tak sempat bersarapan, jangan mulakan sarapan anda dengan makanan yang kaya dengan gula. Anda juga harus berhati-hati dengan hidangan kuih di waktu pagi yang kebanyakannya mengandungi kandungan gula dan kolestrol yang tinggi seperti roti canai, pulut sekaya, donat, kuih lapis dan sebagainya. makanan yang diproses tidak sekadar tinggi kalori, gula serta lemak malah terlalu epat hadam. Ini akan menyebabkan tahap gula dalam darah menjunam beberapa jam kemudian, lalu menyebabkan anda ketagih makanan bergula.


Cara mengatasi
Bagi memenuhi keperluan tenaga tubuh dan otak hingga tengah hari, mulakan rutin anda dengan sarapan buah-buahan, diikuti snek bijiran dan juga roti bakar. Pengambilan protein seperti telur juga penting.



Kerja lebih masa




Amalan tidak cukup tidur akan menambahkan lagi berat badan. Satu kajian yang dijalankanmendapati,. Selepas tidur empat jam sehari selama dua malam bertury=ut –turut, kadar leptin iaitu sejenis hormon yang berfungsi memberitahu otak mengenai rasa kenyang akan berkurangan sebanyak 18 peratus. Pada masa yang sama,kimia yang bertanggujawab memberitahu tubuh mengenai rasa lapar akan meningkat kepada 28 peratus.


Cara mengatasi
Anda perlu rancang jadual pekerjaan agar tidak perlu menghabiskan masa terlalu lama di pejabat atau jangan membuat tugasan di saat akhir. Tindakan ini memastikan anda akan mempuntyai masa yang cukup untuk tidur.



Tekanan

Banyak perkara yang boleh menyebabkan anda tertekan. Jika ia berlarutan, sudah tentuia akan memberikan kesan kepada pertambahan berat badan anda. Tubuh akan merembeskan hormon‘cortisol’ yang menyebabkan lemak terkumpul apabila seseorang individu itu tidak makan dalam tempoh yang agak lama. Proses ini paling ketara di perut, tempat dimana sel lemak paling aktif.
Lemak yang terkumpul boleh berpindah ke hati . jika itu berlaku, ia akan bercampur dengan kolestrol dan seterusnya memasuki saluran darah, sekaligus meningkatkan risiko penyakit jantung sehingga berganda.



Cara mengatasi

Jika anda tertekan dalam pelajaran mahupun di tempat kerja, berjalanlah selam 10 minit atau pejamkan mata, kejapkan tubuh dan rehatkan semua otot. Pandang pohon-pohon yang menghijau yang memberikan kamu ketenangan.




Ahad, 3 Februari 2013

Dalil Wajib Bersama Jemaah Islam




Sabda Rasulullah S.A.W “sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kepada kambing juga. Dia menangkap mana-mana yang jauh dan terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjemaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid.”




 
Sabda Rasulullah S.A.W “ akan terus wujud segolongan umatku yang berani melahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudharat kepada mereka orang-orang yang menyanggahinya sehingga datangnya perintah dari Allah.”


Kitab Tafsir At Tibyan