Sabtu, 17 November 2012
WAH! ROMANTIKNYA.....^_^

Renungan: romantiknya Rasulullah S.A.W.
Kisah-kisah rumah
tangga, sebut-sebut pasal poligami, bincang-bincang suami lebih muda dari
isteri dan pelbagai cerita berkenaan rumah tangga ini dapat diambil tauladan
dari kisah ROMANTIK RASULULLAH S.A.W bersama isterinya.
Rasulullah S.A.W adalah
contoh terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem poligami. Baginda romantik
kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu
kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul di hadapan baginda lalu bertanya
“ siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi”.
Rasulullah S.A.W hanya tersenyum lalu berkata,”saya akan
beritahu kamu kemudian”.
Selepas
daripada pertemuan itu, Rasulullah S.A.W. memberikan setiap seorang kepada
isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak
memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari,mereka berkumpul
lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah .S.A.W lalu menjawab “ orang yang paling aku sayangi
adalah yang ku berikan cincin kepadanya”. Isteri-isteri baginda tersenyum puas
kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan
bahawa diri mereka tidak terasing.
Tidak
ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana
romantik ini Rasulullah S.A.W ada bersabda yang bermaksud “ Apabila pasangan
suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari
mereka”.
Rasulullah
S.A.W selalu berpegangan tangan dengan
Aishah ketika di dalam rumah. Baginda asap kali memotong kuku isterinya, mandi
junub bersama, dan mengajak salah seorang isteri baginda pergi musafir
(mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang antara mereka.
Inilah
serba sedikit kisah romantik Rasulullah
S.A.W agar kita dapat tauladani dan praktikkan dalam kehidupan rumah tangga. Pada
suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu,
setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah
tangan suami anda bagi menghapus segala dosa-dosa.
Pada yang
belim berumah tangga itu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan
perkahwinan saja. Anda mendapat kelebihan di atas.
“ Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana
cantiknya akhlak Rasulullah S.A.W , tenangkanlah hatiku bagai tenangnya air di
tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari
berserinya wajah orang-orang beriman…”
Amiiiin Ya Rabbal ‘Alamin….
sumber rujukan: buletin surau al-ghufron (edisi ke-18)
Jumaat, 16 November 2012
TABIAT.....

renungan bersama...
Ramai di antara kita menyimpan cita-cita,bekerja keras
sekarang supayanapabila sampai masa pencen nanti dapat banyak berehat.
Kita merasakan apabila umur 55 atau 56 tahun,kita dapat
mengurangkan bebanan dan tanggungjawab.bangun pagi, sesudah sembahyang subuh
dan membaca al-quran,dapat membaca surat khabar sambil minum kopi, kemudian
berehat menuggu petang. Apabila petang, bersandar di kerusi malas di hadapan
rumah sambil makan kuih muih serta juadah lain,sementara menunggu waktu malam.
Akan tetapi apabila datang saat demikian, kita tahu
sebenarnya kepenatan dan tanggungjawab
berlipat ganda dihadapan kita. Kita menjadi
cepat sensitive.kita mahu dikenali, diingati dan berbagai-bagai perasaan yang
sesuai dengan naluri seorang pencen.
Seorang yang sebuk pada usia muda terus sibuk pada usia
tuanya.apabila dia sibuk mencari harta , dia terus sebuk mencari harta, tidak
senang duduk di rumah minum kopi menunggu petang.
Apabila seseorang itu pada usiA mudanya sibuk melayan orang
lain, berkhidmat untuk saudaranya maka itu lah kerjanya apabila ia tua.sebaliknya
apabila pada usia muda dia tidak sibuk, maka pada usia tua pun dia senang
berada di atas bangku panjang minum kopi menunggu petang.
Sebabnya, apa yang kita lazim kan sehari harian , maka pada
usia tua ia menjadi tabiat yang sukar hendak dibuang. Orang suka bangun pagi
pada usia muda bersikap demikian walaupun sudah lanjut usia 80 tahun. Orang yang
suka membebel mulutnya pada usia muda, demikian juga pada usia tuanya. Orangt yang
rajin membaca , suka bersedekah, solat
berjemaah ketika muda, berterusan ia hingga tua. Itulah tabiat.
Patut benar kita belajar membentuk tabiat sejak usia muda
supaya tabiat tu melekat hingga tua.biasakan melentur ketika masih rebung.
sumber rujukan: buletin surau al-ghufron (edisi ke-20)
Selasa, 13 November 2012
NASIHAT BUAT PANAS BARAN….
Nasihat
Nabi Muhammad S.A.W kepada Abu dzar Al-qifari (si panas baran),berkata Nabi
Muhammad S.A.W:
·
1. Brtakwalah kamu dimana sahaja kamu berada.
·
2. Susulilah kebaikan dengan kejahatan (melakukan kebaikan melebihi kejahatan
yang pernah dilakukan).
· 3. Bergaul
lah dengan manusia dengan akhlak yang baik.
sumber rujukan: tazkirah di surau
Al-Ghufron
Kekasih dan musuh......
Kekasih dan musuh iblis
Dari Ibnu Abbas r.a,bahawa dia telah berkata: Yang Bermaksud: “Telah bertanya Rasulullah s.a.w pada suatu hari kepada Iblis laknatullah alaih: “Berapa orang dari ummatku sebagai kekasih engkau?” Berkata Iblis: “Sepuluh orang”
1. Pemimpin yang zalim.
2. Orang yang sombong.
3. Orang kaya yang tidak memperdulikan dari mana dia memperolehi hartanya dan kemana ia belanjakan.
4. Orang alim yang membenarkan pemimpin yang zalim.
5. Peniaga yang menipu.
6. Muhtakir ( iaitu orang yang menahan barang² yang diperlukan manusia, kemudian menjualnya dengan harga yang tinggi, ketika manusia sangat memerlukannya ).
7. Orang yang berzina.
8. Orang yang memakan riba.
9. Orang bakhil yang tidak peduli dari mana ia kumpulkan hartanya.
10. Orang yang terus menerus meminum arak.
” Kemudian Nabi s.a.w bertanya lagi: ” Berapa orang dari ummatku sebagai musuh engkau?” Berkata Iblis: “Sebanyak 20 orang”
1. Engkau Muhammad, maka sesungguhnya aku benci kepadamu.
2. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.
3. Orang yang hafal Al-Quran, apabila dia mengamalkan isinya.
4. Orang yang azan kerana Allah dalam solat lima waktu.
5. Orang yang cinta kepada orang² fakir dan miskin serta anak² yatim.
6. Orang yang merendahkan diri kepada kebenaran.
7. Pemuda yang taat kepada Allah s.w.t.
8. Orang yang memiliki hati yang pengasih.
9. Orang yang memakan barang yg halal.
10. Dua pemuda yg saling mengasihi kerana Allah s.w.t.
11. Orang yang memelihara solat berjemaah.
12. Orang yang solat di waktu malam, pada saat manusia sedang tidur.
13. Orang yang menahan diri dari mengerjakan yang haram.
14.Orang yang menasihati (saudara2nya) sedang dihatinya tidak ada tersimpan sesuatu maksud yg lain.
15. Orang yang sentiasa dalam keadaan berwuduk.
16. Orang yg dermawan.
17. Orang yg bagus akhlaknya.
18. Orang yang membenarkan (dan mempercayai) Tuhannya, bahawa Allah telah menjamin rezekinya.
19. Orang yang berbuat baik kepada para janda yg fakir.
20. Orang yang telah bersiap² untuk mati.
Isnin, 12 November 2012
WANITA DAN CINTA…….….
![]() |
Tambah kapsyen |
Antara
nasihat SYEIKH ALI TANTAWI kepada muslimat seluruhnya..
WAHAI PUTERIKU,
Pintu
pemulihan (cara mencegah ) ada d hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu.
Jika engkau
yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu,maka keadaan akan
berubah menjadi baik.
ENGKAU BENAR PUTERIKU,
Bahawa
kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat
bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah
yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Seandainya
engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau
akan lari seperti larinya kambing dari ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya
engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau
akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri dari dicuri ( sesuatu yang berharga
dirimu ).
Lelaki
menghendaki yang paling berharga darimu,iaitu harga diri dan kehormatanmu.Nasib
seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib
seekor kabing yang di makan serigala.
WAHAI PUTERIKU,
Demi
Allah! Apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis
itu bertelanjang di hadapannya tanpa sebarang pakaian.
Demi
Allah! Jangan percaya terhadap kata-kata
sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara
denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab.
BOHONG!BOHONG! demi Allah dia berbohong.seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau
takut dan ngeri.
WAHAI
PUTERIKU
Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu,
dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan
yang halal dan terhormat. Dia akan dating meminang dan mengahwinimu………………
Seterusnya
kata- kata dari, dr. ‘Ayidh bin ‘Abdullah Al-Qadri dalam bukunya yang bertajuk
, “ Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia”…..
Wahai wanita
yang tinggi kedudukannya!
Banyak perkara yang engkau hindari
Ternyata mengharapkan perkara yang engkau
harapkan.
Wahai wanita muslimah yang jujur,
wanita mukmunah yang taat, jadilah seperti pohon kurma ,yang jauh dari
kejelekan dan tinggi tak terjangkau oleh kejahatan. Bila dilempar dengan batu,
ia menggugurkan buahnya;sentiasa hijau,baik di musim dingin mahupun musim
panas; lagi banyak manfaatnya.
Hiduplah ditempat yang tidak
menyentuh hal-hal yang tidak berguna, yang mampu menjaga kehidupan dari hal
yang dapat menjaga rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, cara memandangmu adalah
menaraik pelajaran , dan diammu adalah
berfikir.
Sajak *Aminah Qutb,
buat bakal suami
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai org yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga,
Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
Yang diciptakan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu,
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
Ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
Dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku.
*(Aminah Qutb adalah adik kepada tokoh terkenal
Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.)
Sumber
rujukan:
1.
Fb-saudara rushdee..
2. Dari kitab kecil "Ya Binti, bi Qalam
al-Syeikh 'Ali Tanthawi"…
3.
Dr. ‘Ayidh bin ‘Abdullah Al-Qadri ,buku “ Jangan Bersedih,
Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia”…..
4.
Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul karya Fatimah Syarha
Mohd Nordin…
Langgan:
Catatan (Atom)