Sabtu, 17 November 2012

Keajaiban di peperangan Gaza


Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

WAH! ROMANTIKNYA.....^_^


Renungan: romantiknya Rasulullah S.A.W.

Kisah-kisah rumah tangga, sebut-sebut pasal poligami, bincang-bincang suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita berkenaan rumah tangga ini dapat diambil tauladan dari kisah ROMANTIK RASULULLAH S.A.W bersama isterinya.

Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya.  Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul di hadapan baginda lalu bertanya “ siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi”.
Rasulullah S.A.W  hanya tersenyum lalu berkata,”saya akan beritahu kamu kemudian”.

          Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah S.A.W. memberikan setiap seorang kepada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari,mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah .S.A.W  lalu menjawab “ orang yang paling aku sayangi adalah yang ku berikan cincin kepadanya”. Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

          Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah S.A.W ada bersabda yang bermaksud “ Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka”.

          Rasulullah  S.A.W selalu berpegangan tangan dengan Aishah ketika di dalam rumah. Baginda asap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang antara mereka.

          Inilah serba sedikit kisah romantik  Rasulullah S.A.W agar kita dapat tauladani dan praktikkan dalam kehidupan rumah tangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapus segala dosa-dosa.

          Pada yang belim berumah tangga itu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan saja. Anda mendapat kelebihan di atas.

“ Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah S.A.W , tenangkanlah hatiku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman…”
Amiiiin Ya Rabbal ‘Alamin….                                          


sumber rujukan: buletin surau al-ghufron (edisi ke-18)





Jumaat, 16 November 2012

TABIAT.....

 


renungan bersama...


Ramai di antara kita menyimpan cita-cita,bekerja keras sekarang supayanapabila sampai masa pencen nanti dapat banyak berehat.

Kita merasakan apabila umur 55 atau 56 tahun,kita dapat mengurangkan bebanan dan tanggungjawab.bangun pagi, sesudah sembahyang subuh dan membaca al-quran,dapat membaca surat khabar sambil minum kopi, kemudian berehat menuggu petang. Apabila petang, bersandar di kerusi malas di hadapan rumah sambil makan kuih muih serta juadah lain,sementara menunggu waktu malam.

Akan tetapi apabila datang saat demikian, kita tahu sebenarnya kepenatan  dan tanggungjawab berlipat ganda  dihadapan kita. Kita menjadi cepat sensitive.kita mahu dikenali, diingati dan berbagai-bagai perasaan yang sesuai dengan naluri seorang pencen.

Seorang yang sebuk pada usia muda terus sibuk pada usia tuanya.apabila dia sibuk mencari harta , dia terus sebuk mencari harta, tidak senang duduk di rumah minum kopi menunggu petang.

Apabila seseorang itu pada usiA mudanya sibuk melayan orang lain, berkhidmat untuk saudaranya maka itu lah kerjanya apabila ia tua.sebaliknya apabila pada usia muda dia tidak sibuk, maka pada usia tua pun dia senang berada di atas bangku panjang minum kopi menunggu petang.

Sebabnya, apa yang kita lazim kan sehari harian , maka pada usia tua ia menjadi tabiat yang sukar hendak dibuang. Orang suka bangun pagi pada usia muda bersikap demikian walaupun sudah lanjut usia 80 tahun. Orang yang suka membebel mulutnya pada usia muda, demikian juga pada usia tuanya. Orangt yang rajin  membaca , suka bersedekah, solat berjemaah ketika muda, berterusan ia hingga tua. Itulah tabiat.

Patut benar kita belajar membentuk tabiat sejak usia muda supaya tabiat tu melekat hingga tua.biasakan melentur ketika masih rebung.  

sumber rujukan: buletin surau al-ghufron (edisi ke-20)

Selasa, 13 November 2012

NASIHAT BUAT PANAS BARAN….



Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Abu dzar Al-qifari (si panas baran),berkata Nabi Muhammad S.A.W:
·  1. Brtakwalah kamu dimana sahaja kamu berada.
·  2. Susulilah kebaikan dengan kejahatan (melakukan kebaikan melebihi kejahatan yang pernah dilakukan).
·  3. Bergaul lah dengan manusia dengan akhlak yang baik.

 sumber rujukan: tazkirah di surau Al-Ghufron

Kekasih dan musuh......



Kekasih dan musuh iblis
 
Dari Ibnu Abbas r.a,bahawa dia telah berkata: Yang Bermaksud: “Telah bertanya Rasulullah s.a.w pada suatu hari kepada Iblis laknatullah alaih: “Berapa orang dari ummatku sebagai kekasih engkau?” Berkata Iblis: “Sepuluh orang”

1. Pemimpin yang zalim.


2. Orang yang sombong.

3. Orang kaya yang tidak memperdulikan dari mana dia memperolehi hartanya dan kemana ia belanjakan.

4. Orang alim yang membenarkan pemimpin yang zalim.

5. Peniaga yang menipu.

6. Muhtakir ( iaitu orang yang menahan barang² yang diperlukan manusia, kemudian menjualnya dengan harga yang tinggi, ketika manusia sangat memerlukannya ).

7. Orang yang berzina.

8. Orang yang memakan riba.

9. Orang bakhil yang tidak peduli dari mana ia kumpulkan hartanya.

10. Orang yang terus menerus meminum arak.

” Kemudian Nabi s.a.w bertanya lagi: ” Berapa orang dari ummatku sebagai musuh engkau?” Berkata Iblis: “Sebanyak 20 orang”

1. Engkau Muhammad, maka sesungguhnya aku benci kepadamu.

2. Orang alim yang mengamalkan ilmunya.

3. Orang yang hafal Al-Quran, apabila dia mengamalkan isinya.

4. Orang yang azan kerana Allah dalam solat lima waktu.

5. Orang yang cinta kepada orang² fakir dan miskin serta anak² yatim.

6. Orang yang merendahkan diri kepada kebenaran.

7. Pemuda yang taat kepada Allah s.w.t.

8. Orang yang memiliki hati yang pengasih.

9. Orang yang memakan barang yg halal.

10. Dua pemuda yg saling mengasihi kerana Allah s.w.t.

11. Orang yang memelihara solat berjemaah.

12. Orang yang solat di waktu malam, pada saat manusia sedang tidur.

13. Orang yang menahan diri dari mengerjakan yang haram.

14.Orang yang menasihati (saudara2nya) sedang dihatinya tidak ada tersimpan sesuatu maksud yg lain.

15. Orang yang sentiasa dalam keadaan berwuduk.

16. Orang yg dermawan.

17. Orang yg bagus akhlaknya.

18. Orang yang membenarkan (dan mempercayai) Tuhannya, bahawa Allah telah menjamin rezekinya.

19. Orang yang berbuat baik kepada para janda yg fakir.

20. Orang yang telah bersiap² untuk mati.

Isnin, 12 November 2012

WANITA DAN CINTA…….….



Tambah kapsyen

Antara nasihat SYEIKH ALI TANTAWI kepada muslimat seluruhnya..
                                                      WAHAI PUTERIKU,
Pintu pemulihan (cara mencegah ) ada d hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu.
Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu,maka keadaan akan berubah menjadi baik.
                                                 ENGKAU BENAR PUTERIKU,
Bahawa kaum lelakilah yang mula-mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dari ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri dari dicuri ( sesuatu yang berharga dirimu ).
Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu,iaitu harga diri dan kehormatanmu.Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kabing yang di makan serigala.
                                                  WAHAI PUTERIKU,
Demi Allah! Apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang di hadapannya tanpa sebarang pakaian.
Demi Allah! Jangan percaya  terhadap kata-kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab. BOHONG!BOHONG! demi Allah dia berbohong.seandainya engkau mendengar  sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.
                                                  WAHAI  PUTERIKU 
Lelaki  yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat. Dia akan dating meminang dan mengahwinimu………………

Seterusnya kata- kata dari, dr. ‘Ayidh bin ‘Abdullah Al-Qadri dalam bukunya yang bertajuk , “ Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia”…..
                                   Wahai wanita yang tinggi kedudukannya!
Banyak perkara yang engkau hindari
Ternyata mengharapkan perkara yang engkau harapkan.
            Wahai wanita muslimah yang jujur, wanita mukmunah yang taat, jadilah seperti pohon kurma ,yang jauh dari kejelekan dan tinggi tak terjangkau oleh kejahatan. Bila dilempar dengan batu, ia menggugurkan buahnya;sentiasa hijau,baik di musim dingin mahupun musim panas; lagi banyak manfaatnya.
            Hiduplah ditempat yang tidak menyentuh hal-hal yang tidak berguna, yang mampu menjaga kehidupan dari hal yang dapat menjaga rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, cara memandangmu adalah menaraik pelajaran , dan diammu adalah  berfikir.
Sajak *Aminah Qutb, buat bakal suami
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Tak semestinya manusia cinta kepada kita,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Nescaya cinta Allah tiada penghujungnya.
Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
Kita akan cemburu kepada orang yang
Mencintai org yang kita cintai,
Tetapi sekiranya,
Kita cinta kepada Allah,
Kita akan turut mencintai orang yang
Melabuhkan cintanya kepada Allah juga,
Ya Allah,
Andainya dia adalah jodoh
Yang diciptakan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
Campakkanlah ke dalam hatiku,
Cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
Dan campakkanlah ke dalam hatinya,
Cinta kepadaku adalah kerana-Mu,
Namun,
Andainya dia bukanlah jodoh yang
Ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Berikanlah aku kekuatan agar pasrah
Dalam mengharungi ujian,
Yang Kau berikan kepadaku.
*(Aminah Qutb adalah adik kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.)
Sumber rujukan:
1.      Fb-saudara rushdee..
2.      Dari kitab kecil "Ya Binti, bi Qalam al-Syeikh 'Ali Tanthawi"…
3.      Dr. ‘Ayidh bin ‘Abdullah Al-Qadri ,buku “ Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia”…..
4.      Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul karya Fatimah Syarha Mohd Nordin…